KUALA LUMPUR: Pindaan Perlembagaan bagi mengembalikan semula Akta Perkhidmatan Parlimen sudah 90 peratus siap dan menunggu masa untuk dibentangkan di Dewan Rakyat.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata kerajaan secara prinsip bersetuju terhadap langkah reformasi berkenaan selaras dengan matlamat untuk memartabatkan doktrin pengasingan kuasa antara badan perundangan dan eksekutif.
Jelas beliau, Akta Perkhidmatan Parlimen antaranya akan memberi kuasa autonomi kepada pentadbiran dan kewangan Parlimen.
"Bagi merealisasikan usaha reformasi ini beberapa sesi libat urus berkenaan telah diadakan pada 2023 dan 2024.
"Ini termasuk dengan semua pihak seperti Yang di-Pertua Dewan Negara dan Dewan Rakyat, Setiausaha Dewan Rakyat dan Dewan Negara, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Kementerian Kewangan (MoF), Jabatan Peguam Negara dan Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri bagi memuktamadkan ketetapan dasar berkenaan dalam perkara ini," katanya pada sesi Pertanyaan-Pertanyaan Lisan di Dewan Rakyat pada Rabu.
Beliau menjawab soalan Chow Yu Hui (PH-Raub) yang minta menyatakan pelan hala tuju dan garis masa Kerajaan dalam mewujudkan Akta Perkhidmatan Parlimen bagi menunjukkan komitmen kerajaan untuk menjamin kebebasan dan autonomi Parlimen.
Menjawab soalan tambahan Yu Hui pula, Azalina (BN-Pengerang) berharap RUU tersebut boleh dibentang sekali dengan pindaan Perlembagaan Persekutuan berhubung kewarganegaraan bagi mendapatkan sokongan melebihi 148 undi.
"Kita tahu kuasa ini pernah ada dalam negara kita tetapi ditarik pada 1993 kerana pada masa itu menganggap Parlimen tidak boleh sangat bersuara.
"KIta harap kali ini kuasa diberi balik supaya Parlinen boleh bersuara dan sesiapa yang berada sebagai kerajaan mesti bertanggungjawab kepada rakyat melalui Ahli Parlimen sama ada menyokong kerajaan atau pembangkang," ujar beliau.
Hasimi Muhamad
Wed Mar 13 2024
Jelas Azalina, Akta Perkhidmatan Parlimen antaranya akan memberi kuasa autonomi kepada pentadbiran dan kewangan Parlimen - Foto fail/Astro AWANI
Kanak-kanak lelaki maut dilanggar bapa secara tidak sengaja
Kejadian itu berlaku apabila bapa kanak-kanak tersebut mengalihkan kenderaannya setelah selesai mencucinya di halaman rumah.
LRT Pulau Pinang: Kerajaan negeri, MRT Corp teroka sistem 'low to medium capacity'
Kerajaan Pulau Pinang bersama Mass Rapid Transit Corp Sdn Bhd (MRT Corp) sedang meneroka sistem 'low to medium-capacity' bagi Projek Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Mutiara Pulau Pinang.
Sokong Palestin: Tun M persoal kenapa penuntut di Malaysia tak suara bantahan
Bekas Perdana Menteri itu turut mempersoalkan penuntut universiti di negara ini tidak menyuarakan bantahan terhadap rejim Zionis itu.
Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan sentimen serantau yang lemah
Bursa Malaysia ditutup pada paras harian yang rendah hari ini, menjejaki prestasi suram dalam bursa serantau yang lain, kata seorang penganalisis.
AWANI Ringkas: Empat lagi anggota kastam didakwa
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI 7:45 [29/05/2024] - Pemandu orang kurang upaya | Kajian DOSM 1 Mac hingga 31 Disember 2022 | Geng TR | Enggan dedah tempoh
#AWANI745 malam ini bersama Nickyson Nyambar;
1. Pemandu e-hailing dakwa dipukul pengawal keselamatan VIP, tarik balik laporan polis
2. Lebih 70 peratus pemandu jadikan e-hailing punca utama pendapatan
3. 18 ahli gabungan lima kongsi gelap ditahan SOSMA
4. SPRM setuju lanjutkan tempoh pengisytiharan harta dua anak Tun M
1. Pemandu e-hailing dakwa dipukul pengawal keselamatan VIP, tarik balik laporan polis
2. Lebih 70 peratus pemandu jadikan e-hailing punca utama pendapatan
3. 18 ahli gabungan lima kongsi gelap ditahan SOSMA
4. SPRM setuju lanjutkan tempoh pengisytiharan harta dua anak Tun M
AWANI Ringkas: Laporan penuh nahas helikopter diterbitkan esok
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pelaburan 1MDB tidak bawa keuntungan - Pegawai penyiasat
Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa pelaburan yang dibuat oleh 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak membawa sebarang keuntungan.
Statistik e-Hailing di Malaysia (2022)
KRM mahu skuad Bunga Raya 15s kekal dalam Divisyen Premier ARC
Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM) tidak rela melihat skuad Bunga Raya 15-sebelah (15s) tersingkir daripada saingan Divisyen Premier Kejohanan Ragbi Asia (ARC).
Format baharu pengisytiharan harta dikuatkuasakan dalam masa terdekat
Pengisytiharan harta bagi anggota pentadbiran dan ahli Parlimen yang dicadangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Tatakelola Nasional akan dikuatkuasakan menggunakan format baharu.
RCI Batu Puteh tidak boleh hukum mana-mana pihak - Azalina
RCI untuk mengkaji pengendalian kes kedaulatan Pulau Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan tidak boleh menghukum mana-mana pihak.
Pindaan kembalikan Akta Perkhidmatan Parlimen 90 peratus siap - Azalina
Akta Perkhidmatan Parlimen antaranya akan memberi kuasa autonomi kepada pentadbiran dan kewangan Parlimen.
Malaysia tidak layan tuntutan remeh United Tausug Citizens ke atas Sabah - Azalina
Malaysia tidak melayan sebarang bentuk tuntutan remeh oleh kumpulan digelar sebagai United Tausug Citizens (UTC) ke atas Sabah.
Kertas Pandora: Tiada pilih kasih, SPRM siasat semua nama yang tersenarai - Azalina
SPRM bertindak mengikut undang-undang, peraturan dan bebas menyiasat tanpa sebarang campur tangan atau pengaruh daripada pihak luar, tegas Azalina.
Kerajaan kaji perluas skop perlindungan Seksyen 3 Akta 792 - Azalina
Kerajaan sedang menjalankan kajian sewajarnya bagi memperluas skop perlindungan di bawah Seksyen 3 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792).
Reformasi pengasingan kuasa Peguam Negara, Pendakwa Raya proses yang panjang - Azalina
Reformasi pengasingan kuasa antara Peguam Negara dan Pendakwa Raya merupakan satu proses yang panjang.
Pindaan Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia dibentang di Parlimen minggu depan - Azalina
Pindaan Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999 antaranya bagi menubuhkan Suruhanjaya Kanak-Kanak Malaysia, dijangka dibentangkan pada sesi Dewan Rakyat minggu depan.
PM akan jawab isu DNAA di Parlimen esok - Azalina
Azalina berkata, Perdana Menteri akan menjawab persoalan DNAA Ahmad Zahid Hamidi pada jam 2.30 petang di Dewan Rakyat.
"Kalau asyik nak bubar kerajaan, bila nak buat pindaan undang-undang?" - Azalina
Jika boleh, kerajaan mahu melaksanakan pindaan undang-undang secara serentak supaya setiap pindaan itu dapat dilaksanakan sebaik mungkin.